Hari ni aku nak share tentang apa itu B&K mesti ramai yang tak tahu.. Dan mesti ramai juga selalu melabel dan menyatakan B&K adalah sesuatu yang mudah.. Jom sama-sama baca.!! Semoga ia bermanfaat untuk kita.. InsyaAllah :)
BIMBINGAN
Definisi
Proses membantu individu memahami diri dan alam sekeliling serta membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupannya.
Konsep
Lebih kepada perkongsian ataupun perpindahan ilmu
Tempoh Masa
Masa singkat (1-5 sesi)
Pihak Profesional yang Terlibat
i)Guru biasa –tidak mendapat latihan khusus dalam
bimbingan dan kaunseling.
ii)Guru pembimbingSasaran
Individu,kelompok kecil @ besar
Setting
Berlaku di mana-mana sahaja (Sekolah, IPT, kolej )
Jenis Masalah
Peribadi,akademik, kerjaya,keluarga,sosial
KAUNSELING
Definisi
Satu proses menolong di antara kaunselor dengan klien berdasarkan teori-teori psikologi untuk membantu klien mengenal diri dan persekitarannya.
Konsep
Lebih kepada meneroka emosi ataupun permasalahan yang berlaku dengan lebih mendalam.
Jangka Masa
Masa singkat (1-5 sesi)
Pihak Profesional yang Terlibat
i)Kaunselor-mendapat latihan khusus dalam bimbingan
dan kaunseling.
ii)Pakar psikologi
kaunseling
Sasaran
Individu,kelompok yang kecil biasa
Setting
Mempunyai sebuah bilik khas (Sekolah, IPT, kolej)
P/S: Sedikit perkongsian yang berguna. Wassalam :)
No comments:
Post a Comment