Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana berpeluang lagi mencoretkan sepatah dua di blog ni.. Aku sebenarnya tidaklah terlalu obses untuk membuat blog dan mencatat segala yang aku alami di sini, tetapi atas dorongan daripada seorang lecturer aku.. YES!! Akhirnya inilah yang terhasil.. TERIMA KASIH encik kerana memberi peluang kepada kami semua pelajar B&K membuat blog ini walaupun ianya sekadar tugasan. Aku pasti blog ini mampu memberi pelbagai manfaat untuk aku dan juga untuk anda semua.
Ohh ya! Leka berbicara sehingga lupa kenalkan diri. Aku diberi nama NURUL SYUHADA. Aku puteri kepada dua insan yang paling aku sayang dan cintai En. GHAZALI dan Puan ZAINON.. (Mak ayah, aku rindu kalian) Aku adalah aku dan aku tak boleh jadi orang lain.. Ketika ini apabila aku mencoretkan nama orang tuaku tiba-tiba pula hati jadi sensitif.. Rindu barangkali.. Ya ALLAH kuatkanlah aku..
Kenapa? Kenapa 'Counselor To Be'?? Ya, aku bakal kaunselor.. InsyaAllah suatu hari nanti.. Sekarang aku sedang menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.. Jujur, sewaktu mula-mula aku mendapat tawaran meneruskan pengajian dalam bidang ini, hati berasa cuak.. Aku tak pasti sama ada aku dapat sesuaikan diri dalam bidang ini ataupun tidak walaupun KAUNSELING adalah salah satu program yang aku apply dlu.. Setelah berada di sini, aku lebih mengenali ape itu KAUNSELING.. Dulu aku taw kaunseling hanyalah menolong orang sahaja.. Kini, aku taw ianya melebi segala-galanya.. Tugas seorang KAUNSELOR amatlah berat.. Bukan senang ingin memanusiakan seorang manusia.. Aku mula terfikir adalah diri ini cukup sempurna untuk membantu individu lain... Namun aku taw, aku tidak boleh menoleh kebelakang dan berputus asa. Aku perlu teruskan apa yang telah aku lalui selama ini. YA ALLAH, BANTULAH AKU, PIMPINLAH AKU SUPAYA AKU TABAH DAN MAMPU UNTUK MENGHADAPI SEGALA-GALANYA, PERMUDAHKANLAH JUA SEGALA URUSANKU SESUNGGUHNYA AKU ADALAH SEORANG HAMBA YANG KERDIL DI SISIMU.. AKU LEMAH TANPAMU YA ALLAH.. Amin..
Aku mampu untuk menjadi seorang kaunselor yang mampu untuk membantu orang lain! |
No comments:
Post a Comment