Thursday, November 14, 2013

UPSR :)

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie tanggal 14 November 2013 adalah hari pengumuman keputusan UPSR... Tahniah kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan yg cemerlang (5A).. Tetapi bg yang tak berjaya tu jangan sedih.. "La tahzan" Ada lagi peluang dan masa untuk adik-adik meneruskan perjuangan.. Yg penting usaha, tawakkal, dan doa.. InsyaAllah kejayaan akan menunggu adik-adik pada masa akan datang..

Bila UPSR nie duk teringat aku dulu-dulu. Sedar tak sedar dah 10 tahun aku meninggalkan zaman sekolah rendah.. Aku pun pernah menghadapi peperiksaan yg sama.. Alhamdulillah result cemerlang.. Hehe :) Terima kasih ya Allah, terima kasih mak ayah, terima kasih guru-guru, terima kasih semua.. UPSR bukan penentu segalanya tapi aku pasti ia juga dapat menjadi pembakar semangat utk kita terus usaha dan usaha.. InsyaAllah..
UPSR 2003.. Masih simpan jadi sumber aspirasi :)

Monday, November 11, 2013

Perbezaan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

Assalamualaikum w.b.t..


Terasa lama aku tak update blog aku nie.. Dah berhabuk pon, maklumlah tuntutan sbg seorang student u nie memaksa aku utk berkorban sedikit.. hehe.. Nie bukan ape, aku sekadar nak berkongsi dengan korang semua.. Mesti korang x tahu kan ape perbezaan antara kaunseling individu dan kaunseling kelompok kan?? Meh jenguk kt bawah nie meh!! :) 


KAUNSELING INDIVIDU
KAUNSELING KELOMPOK

Proses teraputik terhad antara kaunselor dan klien sahaja.
Kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu
Kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja. 
Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain.
Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk
Suasana selesa dan mempercayai  agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam. 
Kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini, akan memberikan perasaan selamat kepadanya.
Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat.
Klien mendapat respons daripada kaunselor.
Peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.
Pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja.
Perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli.

proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja.

Proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara satu sama lain
Fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah.
Fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada ahli. 

Monday, September 30, 2013

Apa Itu Bimbingan dan Kaunseling??

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni aku nak share tentang apa itu B&K mesti ramai yang tak tahu.. Dan mesti ramai juga selalu melabel dan menyatakan B&K adalah sesuatu yang mudah.. Jom sama-sama baca.!! Semoga ia bermanfaat untuk kita.. InsyaAllah :)


BIMBINGAN 

Definisi
Proses membantu individu memahami diri dan alam sekeliling serta membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupannya.

Konsep
Lebih kepada perkongsian ataupun perpindahan ilmu

Tempoh Masa
Masa singkat (1-5 sesi)

Pihak Profesional yang Terlibat
i)Guru biasa –tidak mendapat latihan khusus dalam bimbingan dan kaunseling.
ii)Guru pembimbing

Sasaran
Individu,kelompok kecil @ besar

Setting
Berlaku di mana-mana sahaja (Sekolah, IPT, kolej )

Jenis Masalah
Peribadi,akademik, kerjaya,keluarga,sosial


KAUNSELING

Definisi
Satu proses menolong di antara kaunselor dengan klien berdasarkan teori-teori psikologi untuk membantu klien mengenal diri dan persekitarannya.

Konsep
Lebih kepada meneroka emosi ataupun permasalahan yang berlaku dengan lebih mendalam.

Jangka Masa
Masa singkat (1-5 sesi)

Pihak Profesional yang Terlibat
i)Kaunselor-mendapat latihan khusus dalam bimbingan dan kaunseling.
ii)Pakar psikologi kaunseling

Sasaran
Individu,kelompok yang kecil biasa

Setting
Mempunyai sebuah bilik khas (Sekolah, IPT, kolej)

P/S: Sedikit perkongsian yang berguna. Wassalam :)

Aku 'Counselor To Be'


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana berpeluang lagi mencoretkan sepatah dua di blog ni.. Aku sebenarnya tidaklah terlalu obses untuk membuat blog dan mencatat segala yang aku alami di sini, tetapi atas dorongan daripada seorang lecturer aku.. YES!! Akhirnya inilah yang terhasil.. TERIMA KASIH encik kerana memberi peluang kepada kami semua pelajar B&K membuat blog ini walaupun ianya sekadar tugasan. Aku pasti blog ini mampu memberi pelbagai manfaat untuk aku dan juga untuk anda semua. 

Ohh ya! Leka berbicara sehingga lupa kenalkan diri. Aku diberi nama NURUL SYUHADA. Aku puteri kepada dua insan yang paling aku sayang dan cintai En. GHAZALI dan Puan ZAINON.. (Mak ayah, aku rindu kalian) Aku adalah aku dan aku tak boleh jadi orang lain.. Ketika ini apabila aku mencoretkan nama orang tuaku tiba-tiba pula hati jadi sensitif.. Rindu barangkali.. Ya ALLAH kuatkanlah aku..

Kenapa? Kenapa 'Counselor To Be'?? Ya, aku bakal kaunselor.. InsyaAllah suatu hari nanti.. Sekarang aku sedang menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.. Jujur, sewaktu mula-mula aku mendapat tawaran meneruskan pengajian dalam bidang ini, hati berasa cuak.. Aku tak pasti sama ada aku dapat sesuaikan diri dalam bidang ini ataupun tidak walaupun KAUNSELING adalah salah satu program yang aku apply dlu.. Setelah berada di sini, aku lebih mengenali ape itu KAUNSELING.. Dulu aku taw kaunseling hanyalah menolong orang sahaja.. Kini, aku taw ianya melebi segala-galanya.. Tugas seorang KAUNSELOR amatlah berat.. Bukan senang ingin memanusiakan seorang manusia.. Aku mula terfikir adalah diri ini cukup sempurna untuk membantu individu lain... Namun aku taw, aku tidak boleh menoleh kebelakang dan berputus asa. Aku perlu teruskan apa yang telah aku lalui selama ini. YA ALLAH, BANTULAH AKU, PIMPINLAH AKU SUPAYA AKU TABAH DAN MAMPU UNTUK MENGHADAPI SEGALA-GALANYA, PERMUDAHKANLAH JUA SEGALA URUSANKU SESUNGGUHNYA AKU ADALAH SEORANG HAMBA YANG KERDIL DI SISIMU.. AKU LEMAH TANPAMU YA ALLAH.. Amin..

Aku mampu untuk menjadi seorang kaunselor yang mampu untuk membantu orang lain!


Wednesday, May 1, 2013

Assalamualaikum w.b.t

Hai peeps! Lame aku xupdate belog nie.. Bukan bz mane pon tapi malas jew.. Hehe.. Mood aku skrg nie mood balik kg! Yeayy!! Maklumla 5 Mei nie kan PRU13.. Aku sbenarnye bukan balik mengundi tapi balik nak menyemak je.. Btw aku xdaftar undi pon.. Kahkah.. :p Bukan maksud aku nie buta politik or xamek peduli tapi mase tu aku maseh xcukup umo lg nak daftar.. Hee :) Malam esok aku gerak balik kg.. Xsabar nak jumpe family.. Huhu.. Manfaatkan cuti yg terhad nie.. Dah la xnak bebel banyak2.. Just nak share lagu yang aku suke nie haa.. Sweet je.. Lagu baru shahir.. Jum hayati! Layannn~ 


Amacam? Best kan? Hehehe.. Dah aku nak caw dulu.. Nak watkeje cni.. Bajet rajin kan.. Huhu.. Bubye uolls! Lot of LOVE~

Thursday, April 4, 2013

Muhasabah Cinta


Assalamualaikum w.b.t uollss..
Muhasabah cinta?? Entry mcm nak gempak bgai je kan? Hahaha.. Nie lagu je.. Aku tersentuh dgn lagu nie.. Syahdu je.. Lirik dia amat menyentuh jiwa.. Cehh! Huhu~ Mentang2 la xde keje.. Alhamdulillah assignment yg kne submit sblm cuti midsem aku dh setelkan.. Huhu.. Btw, esk aku blik kg.. Hohohoreyy! Membe2 sekg len da blik da td.. Aku p anta dorang td.. Hehee.. Mood xsaboo nk blik kg.. Dah2.. Jum hyati lagu n lirik kgu nie.. Laayannn! ^_^

 
Lirik die..
Dm A D Gm
Wahai Pemilik nyawaku betapa lemah diriku ini
C F Gm A
Berat ujian dari-Mu kupasrahkan semua pada-Mu
Dm A D Gm
Tuhan baru kusadar indah nikmat sehat itu
C F Gm A Dm
Tak pandai aku bersyukur kini kuharapkan cinta-Mu
Reff:
Gm C
Kata-kata cinta terucap indah
F A#
Mengalir berdzikir dikidung doaku
Gm A Dm D
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Gm C
Butir-butir cinta air mataku
F A#
Teringat semua yang Kau beri untukku
Gm A A# A
Ampuni khilaf dan salah selama ini ya ilahi..
Dm
Muhasabah cintaku
Dm A D Gm
Tuhan kuatkan aku lindungiku dari putus asa
C F Gm A Dm
Jika kuharus mati pertemukan aku dengan-Mu

#Aku bg skli ng chord ye uollss! Haha~ K lah tu je.. Lot Of Love.. Misz_Syuu :)

Tuesday, April 2, 2013

~KASIH~

Assalamualaikum w.b.t. 


Entry bulan April.. Hehe.. Semalam aku p Annual Grand Meeting KASIH! Oppss! KASIH?? Mesti korang xtaw KASIH tu ape kan? KASIH tu Persatuan Bimbingan & Kaunseling UPSI. Kenapa KASIH? Actually, ak pon baru taw KASIH tu kata akronim.. Hehe.. Its stand for Kaunseling Aspirasi Suburkan Insan Harmoni.. Haa kelass kau jah! Kt cni laa aku berpeluang jumpe student2 B&K sem 2,6 n 8.. Boleh ereat silaturrahim lah kan.. Sbbnya kami jrg2 leh jumpe.. Aku pon kenal brape krat je dorang nie. Even penat sbb habis lmbt tp majlis nie mmg happening. Ciap ade sesi bgambo lg u! Huhu.. Xde nak wt entry panjang2.. Tgk la 2 pic yg ak 'curik' ng senior n junior nie.. Hehe.. Kbye! Lot Of Love.. Misz_Syuu <3



Nie senior punye pic.. Comey akak edit yerk? hehe.. 


Nie dr fb adik junior.. Thanks dik sudi tagging2.. Huhu <3   

Sekian~ Wassalam...