Thursday, November 14, 2013

UPSR :)

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie tanggal 14 November 2013 adalah hari pengumuman keputusan UPSR... Tahniah kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan yg cemerlang (5A).. Tetapi bg yang tak berjaya tu jangan sedih.. "La tahzan" Ada lagi peluang dan masa untuk adik-adik meneruskan perjuangan.. Yg penting usaha, tawakkal, dan doa.. InsyaAllah kejayaan akan menunggu adik-adik pada masa akan datang..

Bila UPSR nie duk teringat aku dulu-dulu. Sedar tak sedar dah 10 tahun aku meninggalkan zaman sekolah rendah.. Aku pun pernah menghadapi peperiksaan yg sama.. Alhamdulillah result cemerlang.. Hehe :) Terima kasih ya Allah, terima kasih mak ayah, terima kasih guru-guru, terima kasih semua.. UPSR bukan penentu segalanya tapi aku pasti ia juga dapat menjadi pembakar semangat utk kita terus usaha dan usaha.. InsyaAllah..
UPSR 2003.. Masih simpan jadi sumber aspirasi :)

Monday, November 11, 2013

Perbezaan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

Assalamualaikum w.b.t..


Terasa lama aku tak update blog aku nie.. Dah berhabuk pon, maklumlah tuntutan sbg seorang student u nie memaksa aku utk berkorban sedikit.. hehe.. Nie bukan ape, aku sekadar nak berkongsi dengan korang semua.. Mesti korang x tahu kan ape perbezaan antara kaunseling individu dan kaunseling kelompok kan?? Meh jenguk kt bawah nie meh!! :) 


KAUNSELING INDIVIDU
KAUNSELING KELOMPOK

Proses teraputik terhad antara kaunselor dan klien sahaja.
Kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu
Kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja. 
Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain.
Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk
Suasana selesa dan mempercayai  agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam. 
Kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini, akan memberikan perasaan selamat kepadanya.
Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat.
Klien mendapat respons daripada kaunselor.
Peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.
Pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja.
Perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli.

proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja.

Proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara satu sama lain
Fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah.
Fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada ahli.